Bicara Noktah Terjahit

Menyebak Noktah, Mengurai Resah


23 March 2019, 8:00 am - 12:30 pm

Ketahui Lebih Lanjut

Bicara Noktah Terjahit


Setiap episod hidup yang terasing ibarat noktah yang sendirian. Tidak ada makna, dan akan sentiasa kekal misteri selagi ia tidak dihubungkan. Maka apabila episod-episod hidup dijalinkan; umpama noktah yang terjahit, mampu menghasilkan sebuah karya nan indah dan penuh makna.

Nik Nur Madihah, Noktah Terjahit

Perempuan yang banyak bertanya, seringkali disalah duga. Begitu juga perempuan yang banyak bicara, kerap kali disilap terka. Apatah lagi perempuan yang terlihat perkasa, tetapi sebenarnya menyembunyikan banyak luka.

Kita hidup di zaman serba laju, dan kita juga mahu maju. Kita yang asalnya tersipu-sipu, harus mengetepikan malu. Lalu, kita terjun ke dalam arus yang sedang deras menderu. Kerana kita melihat kehadiran kita sebagai sesuatu yang perlu.

Sehingga kita akhirnya lelah menyusun langkah dan semakin keliru. Namun kita telah kehilangan kata untuk menerangkan betapa hati kita sedang sebu. Bibir kita terkunci bisu dan kita hanya meneruskan sesuatu yang kita kira, tidak ada gunanya untuk mendapat tumpu.

Sampai bila kita akan membiarkan semua soalan terbuku di dalam cepu?

Ketika saya memilih untuk mengambil jalan yang jarang-jarang dilalui orang, saya tidak pernah terfikir yang saya akan tiba ke suatu destinasi di mana saya sedang berada sekarang.

Banyak hal yang kini saya tanggapi dengan tanggapan yang jauh berbeza dari apa yang pernah saya pegang;
Tentang bagaimana seorang perempuan harus menyumbang. Juga bagaimana seorang perempuan harus belajar melepaskan. Tentang intelektual dan kecerdasan fikiran. Juga kebebasan memilih dan meluahkan perasaan (pendapat) di ruang awam. Tentang 'attachment' dan perjuangan mencabut sebarang bentuk godaan yang mengganggu perjalanan menuju Tuhan.

Kita, perempuan, ialah seindah-indah perhiasan di ranah duniawi, juga mampu menjadi seburuk-buruk makhluk perosak di lembah nan suci. Perempuan protes yang berdiam diri dalam ego dan dendam, ibarat bahana yang menunggu letusnya gunung berapi. Tetapi perempuan penentang yang berdiam diri dalam hikmah dan kebijaksanaan, ibarat mutiara yang tersimpan rapi.

Kemudian kita bertanya, untuk apa menjadi mutiara yang tersimpan rapi? Bukankah lebih baik menjadi sesuatu yang berbakti, sekalipun sekadar kaca yang mencermin diri?

Maklumat Acara


Aturcara


8.00am - 8.30am
Pendaftaran

Sesi Pertama
8:30am - 10:30am

10:30am - 11:00am
Rehat & Teh Pagi

Sesi Kedua
11:00am - 12:30pm

12:30pm
Bersurai

Pemberitahuan


  • Fotografi dan rakaman tidak dibenarkan
  • Meja jualan akan dibuka, insyaaAllah

Bicara Noktah Terjahit - Menyebak Noktah, Mengurai Resah
23 March 2019, 8:00 am - 12:30 pm

BiizniLlah!

Hubungi DukkanMaya!