MUDIK

Mendepani Cabaran Semasa Remaja


MUDIK


Usia remaja ialah usia yang penting dalam hidup individu. Sebagai remaja perempuan, semakin banyak cabaran yang muncul dari hari ke hari. Selain dari hal-hal akademik yang perlu diuruskan di sekolah, remaja kita juga berhadapan dengan konflik dalam diri, persepsi sekeliling, dan expectation serta harapan yang perlu digalas.

Kami bawakan MUDIK untuk berkongsi panduan dan pengalaman bersama para remaja dalam mendepani alam persekolahan dan bersedia dengan realiti semasa.

Jemput sertai, jangan lupa ajak kawan sekali.

LATAR BELAKANG KAK NIK NUR MADIHAH

Graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah. Pernah menjadi pelajar terbaik kebangsaan SPM 2008 dengan pencapaian 19A1 dan 1A2. Kisah pencapaian tersebut dirakamkan oleh buku Catatan Hati Nik Nur Madihah dan Permata Generasi Rabbani. Pada tahun 2017, menghasilkan karya sulung yang diberi tajuk Noktah Terjahit.

Pernah ke Jordan dan UK untuk menyambung pengajian dalam bidang Fizik, sebelum kembali ke Malaysia untuk mengambil ijazah di Kulliyyah Ilmu Wahyu, UIA.

Pengalaman terlibat dalam memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, dan menawarkan khidmat sebagai ‘private tutor’ menguatkan lagi semangat untuk memberi semula kepada komuniti melalui pengukuhan pembelajaran.

Berharap untuk menyebarkan kebaikan kepada masyarakat melalui perkongsian strategi, tips, teknik dan motivasi, pemindahan kemahiran dan aplikasi pengalaman sebenar kepada adik-adik di bangku sekolah, dengan tujuan mengajak kepada kesedaran bahawa ilmu ialah cahaya yang menyuluh jalan.

Semoga sedikit usaha ini akan dilimpahi keberkatan dan keredhaan yang berterusan dari Ilahi.

Amiin..

Maklumat Acara


MUDIK - Mendepani Cabaran Semasa Remaja
8 March 2020, 8:00 am - 12:00 pm

BiizniLlah!

Hubungi DukkanMaya!