Sisters Connect;

Kembara Mencari Diri


20 October 2019, 9:00 am - 12:00 pm

Ketahui Lebih Lanjut

Sisters Connect;


Apa maksud Sisters Connect;

Sisters Connect; ialah pertemuan khusus untuk para perempuan bagi mencari jawapan kepada banyak persoalan yang tidak selesai. Sebuah pertautan berasaskan jati diri, kerana kita ingin saling mendokong untuk meneruskan kehidupan yang dianugerahkan Tuhan. Sebuah titik mula, untuk kita saling berkongsi rasa, meluah gundah dalam dada, agar kita menemukan jawapan yang akan mendekatkan kita kepada keredhaanNya.

Sisters Connect;
now, with a semicolon.

Kita telah bermula dengan Sesi Tikar Terbuka, dan berlangsung beberapa kali, pada setiap hujung minggu dengan topik yang berbeza.

Buat beberapa ketika ia terhenti. Atas sebab prioriti dan komitmen yang mulai mencapah beberapa cabang lagi.

Dengan ini, kami ingin memulakannya semula, inshaAllah.

Sesi ini akan dikemudikan oleh Nik Nur Madihah, di mana para hadirin akan dibawa menelusuri 4 karya yang berkait keperempuanan iaitu Noktah Terjahit, Puteri No 1 (Sayyidah Fatimah RA), Risalah Pergaulan Pemuda2 dan Pemudi, dan Kitab Alam Perempuan. Kita akan belayar merentasi perkongsian pengalaman penulis, juga pengalaman hadirin, dan melihat bagaimana persinggahan yang telah berlalu boleh menjadi kompas untuk memandu pengembaraan kita dalam mencari diri. Sesuai dengan hashtag bulan ini, #safarsailingforth, kami ingin mengajak sahabat-sahabat perempuan untuk duduk bersama-sama dan meneliti apakah titipan yang ditinggalkan orang-orang terdahulu kepada kita pewaris bangsa; apakah ia masih relevan, apakah ia masih sesuai, dan apakah ia mengandungi petunjuk dalam kita memberi erti kepada perjalanan peribadi?

Jemput hadir bagi sesiapa yang berkelapangan. Kita bertukar-tukar fikiran, dan membasahkan kegersangan jiwa dengan mengingati tujuan kehidupan yang sementara ini, biizniLlah.

FAQ
1- Siapa boleh hadir?
Program ini terbuka kepada semua perempuan tanpa mengira usia; besar kecil tua atau muda.

2- Kenapa patut hadir?
Jawapannya ada pada hati anda.

3- Apa perlu disiapkan untuk hadir?
Niat yang ikhlas dan jiwa yang tulus.

Selamat datang, jangan segan-segan, jangan malu-malu!

Jangan risau jika masih belum baca buku-buku di atas, datang dan dengar dahulu.

Maklumat Acara


Aturcara


8:30 am - 9:00am
Pendaftaran

Sesi Pertama
9:00am - 10:30am

10:30am - 11:00am
Rehat & Teh Pagi

Sesi Kedua
11:00am - 12:00pm

12:00pm
Bersurai

Panduan dan Terma


Umum:
  1. Fotografi dan rakaman tidak dibenarkan
Pendaftaran kehadiran:
  1. Sebaik sahaja borang dihantar dan mendapat pengesahan, anda akan diberikan Kit Program melalui emel.
  2. Sekiranya anda ingin membuat pembatalan kehadiran, anda boleh memaklumkan melalui balasan emel tersebut. Bayaran akan dikembalikan sekiranya anda tidak dapat menghadiri program sebagaimana yang telah dirancang.

Sisters Connect; - Kembara Mencari Diri
20 October 2019, 9:00 am - 12:00 pm

BiizniLlah!

Hubungi DukkanMaya!



Berminat untuk hadir ke acara Sisters Connect; - Kembara Mencari Diri, 20 October 2019, 9:00 am - 12:00 pm ini? Hubungi kami melalui mana-mana saluran berikut, insyaaAllah kami akan respon secepat mungkin!