Kerinduan ini
membuak menuntut dipenuhi
Kerinduan ini
membakar relung hati
Kerinduan ini
membasahkan gersang ditimpa terik mentari
Allahu Allah..
Siapalah kami hari ini tanpa Nabi kami!
"Ummati, ummati, ummati...."
Saksikanlah, bahawa kecintaan RasulMu telah sampai kepada kami...
Bulan ini, bulan cinta. Buat semua pencari, mari berkumpul dan saling mengingatkan sesama kita.
Hidup, adalah anugerah yang bukannya tiada arah. Tuhan yang menciptakan kita mengurniakan banyak petunjuk, hanya kita yang belum mahu guna kompas.
Mari, sama-sama kita jejak diri yang telah hilang. Moga-moga dari pertemuan kecil ini, kita makin fahami ke mana destinasi selepas ini.
Berminat untuk hadir ke acara Sisters Connect; - Gelintar Diri Dalam Khalayak, 3 November 2019, 9:00 am - 12:00 pm ini? Hubungi kami melalui mana-mana saluran berikut, insyaaAllah kami akan respon secepat mungkin!